Sunday, 8 January 2017

KENAPA SAYA MEMBERIKAN SUSU BADAN BUAT SI COMEL SAYA?

Bila baby yang dikandung bakal lahir , pasti ibu -ibu pun sibuk menyediakan persiapan untuk si baby..kan? Betapa teruja dan seronok tu,hanya ibu dan Allah yang maha mengetahui rasanya. Susah nak di gambarkan dengan perkataan.

Pelbagai persiapan dibuat dengan begitu rapi dan teliti. Pelbagai jenis keperluan di sediakan dari yang paling kecil hingga yang paling besar.😄

Antara persiapan barang-barang keperluan adalah seperti pakaian,tempat tidur, mainan ( walaupun si baby belum pandai main tapi rasa nak beli tu tetap ada😘)
lampin pakai buang,dan lain-lain kelengkapan yang difikirkan perlu.

Namun begitu,jangan lupa yang si kecik itu juga perlukan makanannya sendiri.
Apa makanan tersebut? Sudah tentu bukan ayam masak merah atau daging masak kicap tau. Hahaha..gurau je.😂

Makanan baby sudah tentulah SUSU SAHAJA semata-mata. Suka diingatkan selalu bahawa berilah susu ibu sahaja sehingga baby berumur 6 bulan. Selepas itu boleh di teruskan penyusuan tersebut sehingga baby berumur 2 tahun di samping makanan solid yang di ambil oleh  si baby.

Ada ibu- ibu di luar sana lebih suka memberikan susu formula dengan alasan beliau tidak mempunyai susu yang cukup untuk menyusui si baby. Tidak mengapa , kerana pilihan di tangan masing- masing.😘😘😘

Kalau di tanya kepada saya,saya pula lebih suka menyusukan baby saya dengan susu badan saya.

KENAPA?

Terlalu Banyak sangat sebab untuk dijadikan alasan mengapa saya memilih susu badan buat anak saya berbanding susu formula.

Ini adalah antara sebabnya:

10 SEBAB KENAPA SAYA SUSUKAN BABY SAYA:

1. "Bonding time".
🌷 Tidak tergambar rasa seronok dan bahagia nya bila kita merasai saat-saat bonding bersama si kecil yang comel ni. Bahagianya rasa bila si baby suka "menepek" tu.
Bila mata bertentang mata..ahhhh... seronoknya. Si baby jugak pandai menggoda kita di saat ini dengan mempamerkan muka manja yang ikhlas.

2. Sangat Ekonomi.
🌷Ianya begitu menjimatkan kerana kita tidak perlu lagi untuk berbelanja banyak bagi membeli susu setiap bulan kerana susu telah pun tersedia dan ianya PERCUMA.😗

3. Antibodi.
🌷 susu ibu mengandungi pelbagai komponen vitamin dan zat yang membantu menguatkan antibodi si kecil tanpa ragu-ragu.

4.Saya bimbang anak saya allergic susu formula.
🌷Susu  hypoallergenic yang berada di pasaran pula kebanyakkan nya adalah  sangat mahal. Jadi, susu ibu jauh lebih murah dan sihat.😘

5. Memudahkan untuk "travel".
🌷Ini kerana saya tidak perlu untuk angkut bakul yang mengandungi susu, air panas dan air masak sebelum keluar rumah. Susu kita telah sedia di bawa.😁 risiko tertinggal susu juga tidak mungkin terjadi.

6. Mencegah @ mengelak dari  penyakit @ kanser.
🌷Terdapat kajian menunjukkan ibu yang menyusukan baby mereka KURANG terdedah kepada risiko mendapat penyakit  seperti kanser payudara, tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit kardiovaskular, juga kanser uterus dan ovari.

7. Mempercepat proses pengecutan rahim setelah bersalin.
🌷Ibu selepas bersalin amat digalakkan menyusukan bayi seawal yang boleh.
Ini kerana hormon oksitosin yang "dilepaskan" dapat membantu pengecutan  rahim dan mengembalikannya ke bentuk asal dengan cepat .

8. Memudahkan proses menjadi KURUS secara semula jadi.
🌷Ini kerana dengan menyusu badan kita dapat membakar 500 kalori sehari. Wow sangat !

9. Bersih dan dijamin tiada pencemaran 🌷Ibu tak perlu risau berlakunya pencemaran terhadap susu ibu kecuali jika ibu salah kendali EBM ibu sahaja.

10. Jimatkan masa.
🌷 Ini kerana susu ibu adalah susu yang  "ready made"..kita hanya perlu "selak sahaja"😄 tak perlu lagi nak dibancuh.

Ini hanyalah sebahagian sebab kenapa saya menyusukan baby saya dengan susu badan. Jika ingin dicari sebab atau alasan ,terlalu banyak sehingga kita rasa tak patut untuk kita tidak menyusukan mereka dengan susu ibu.

Tepuk dada tanya minda. Berikan yang terbaik buat si kecil yang tidak tahu apa-apa itu. Kita penentu buat mereka.

Saya pilih dan saya sokong penyusuan susu ibu 😘😘.

"breastfeeding Supporters"

Zai.
013.960.95.02

Thursday, 5 January 2017

TAMBAH SUSU.

🌷Ketika mengandung lagi telah kita fikir macam-macam mengenai susu badan kita. Betul tak? Persoalan yang biasa melintas di minda kita ialah:

🌷Saya ada susu ke?
🌷Susu saya banyak ke nanti?
🌷Cukup ke susu saya untuk bayi saya?
Atau..
🌷Bagaimana saya nak TAMBAH SUSU saya?

🌷Pengalaman gagal menyusukan anak sulung saya secara eklusif membuatkan saya tekad mahu mengubah nasib adik-adiknya kelak. Saya bertekad dan berazam untuk susukan adik-adiknya dengan susu badan sehingga dua tahun seperti yang di tuntut.

🌷Kelahiran anak kedua saya telah mengubah saya secara 360°. Sepanjang kehamilan saya mencari ilmu penyusuan agar saya tidak terkapai-kapai setelah bayi saya lahir nanti.

🌷Dan yang saya selalu titik beratkan  adalah bagaimana saya boleh menambah susu saya agar mencukupi buat anak saya.

🌷Untuk kita TAMBAH SUSU kita ,apa yang kita kena faham adalah beberapa perkara asas sahaja.

1)"DEMANDS VS SUPPLY".

Ini bermaksud,semakin kerap si bayi menyusu(demands)  semakin banyak susu akan dihasilkan  (supply) kembali.

2)KOSONGKAN PAYUDARA ANDA.

Ini yang selalu kita salah faham.kan? Kadang-kadang kita fikir atau bayangkan payudara kita akan terus kosong bila bayi kita menyusu. Ini salah.  Walaupun bayi telah menyusu..itu tidak bermakna payudara kita betol-betol telah dikosongkan.

Ambil "breast pump "kita dan cuba  pum. Percaya atau tidak kita masih  boleh dapat kan  4-5 oz paling sikit untuk dua-dua payudara tadi.

3) AIR SUAM SECUKUPNYA.

Pengambilan air suam untuk memastikan bendalir di dalam badan mencukupi juga penting buat ibu-ibu menyusu. Paling tidak,kita mesti minum 3 liter air suam .(3 liter ini tidak termasuk air kopi,teh tarik,sirap atau milo yang kita minum tu tau)

4) POSITIF.
Walau apa tekanan yang kita hadapi, kita perlu positif agar tidak memberi kesan buruk terhadap hormon penyusuan kita. Positif kan minda selalu.

5)JAGA PEMAKANAN.
Ini bagi saya penting juga kerana apa yang kita makan ,itu yang akan kita berikan kepada bayi kita. Saya amalkan sayur-sayur berdaun hijau, ikan ,ayam, susu soya (non-gmo),tempe dan lain -lain lagi.

6)MILK BOOSTER.
Milk booster adalah makanan yang membantu kita untu boost  kan atau mempercepatkan atau memperbanyakkan lagi kuantiti susu yang kita hasilkan seterusnya memudahkan kita untuk kita membuat stok (EBM) terutama bag ibu bekerja.

Milk booster saya adalah ESP  (minuman soya) dan alfalfa. Dua item ini adalah yang saya amik sepanjang tempoh saya menyusukan baby saya. Malah saya mula meminum ESP  semenjak mengandung lagi. Ianya tidak memberi sebarang kesan buruk buat saya mahupun baby saya.

7.SUPPLEMENT
Saya juga mengambil supplement @ makanan tambahan untuk melengkapkan lagi zat zat makanan yang tidak  dapat saya penuhi dalam diet harian saya.

Saya mengamalkan set berpantang dan penyusuan shaklee sahaja. Tanpa sebarang jamu.
Alhamdulillah set ini sangat lengkap kerana di dalam satu set sahaj sudah lengkap ada:

🌸ESP (soya)
🌸VITAMIN C
🌸B COMPLEX
🌸VITALEA
🌸ALFALFA
🌸ZINC COMPLEX

Jadi apa yang nak disusahkan lagi. Betul tak?

Mahu dapatkan set terbaik ini?
Hubungi saya untuk ORDER DAN PANDUAN di :
👄013.960.95.02

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸


Copyright to Zainab Ab Rahman
Designed by UMIESUEstudio 2015