Air kelapa oh air kelapa.
Siapa tak suka air kelapa muda?
Rata-rata orang yang zai jumpa mesti suka air kelapa muda..betul tak? Rasanya yang sangat sedap dapat memenuhi selera peminumnya.
Anak zai yang baru berumur 3 tahun tu pun dah pandai "demand" bila minum air kelapa muda ni tau. Aniq nama si cilik zai tu. Setiap Kali balik kampung,mesti minta daddy dia carikan buah kelapa muda. Pastu, letak ais. Slurppppp!!!
Tapi...
Apa pulak kaitan air kelapa muda dan ibu bekerjaya?
Sebagai ibu-ibu bekerjaya, kita sering terdedah dengan pelbagai "ancaman" di luar Sana. Sinaran UV,habuk, cuaca panas, dan stress di tempat kerja adalah rutin harian yang kulit kita terpaksa terima setiap hari. Bila dah balik rumah, ada tanggungjawab lain yang menanti. Ini yang menyebabkan kita kadang- kadang lupa untuk manja kan diri sendiri.
So,kita perlukan sesuatu yang PANTAS untuk manjakan dan merawat diri. Betul tak?
Okey,
Berbalik pada kisah air kelapa muda tadi....
Selain sedap di minum sejuk di musim panas,tahukah anda bahawa air kelapa juga dapat di buat "penyegar"?
Kalau anda belum tahu,
Teruskan pembacaan entry zai ni,sebab zai akan ajar cara untuk buat "penyegar dari air kelapa".
Ianya bukan sahaja MUDAH,MURAH malah sangat SELAMAT!
Hahaha...amacam tag line tu...ok tak?ok,gurau je..jangan serius sangat.
Sebelum tu,zai nak bagi tau la ..kenapa zai pilih air kelapa muda. Walhal,banyak lagi benda-benda atau makanan lain yang zai boleh guna..kan?
Sebenarnya,air kelapa muda ni..sangat tinggi kandungan antioksidannya. Ini membantu mencegah KEDUT dari bawah permukaan kulit wajah dan merawat MASALAH KULIT seperti jerawat.
Okey,jom buat penyegar yang simple ni..tapi impaknye pads kulit....SANGAT BESAR! hahaha... Cubalah.
"PENYEGAR AIR KELAPA"
****************************
Bahan-bahan:
∆ air kelapa
∆botol (yang Ada "spray nozzle")
∆pisau
∆cawan besar (untuk tadah air kelapa)
Penyediaannya:
∆ Tebuk buah kelapa.
∆curahkan ke dalam cawan,agar senang di masuk kan ke dalam botol.
∆ masukkan air kelapa ke dalam botol yang Ada " spray nozzle " tadi.
∆ siap!
∆simpan dalam peti sejuk untuk kesan dingin yang lebih "fresh" bila digunakan nanti.
CARA PENGGUNAAN:
***********************
# Semburkan secara terus ke wajah anda sebelum tidur selepas anda mencuci muka.
# Biarkan ia kering sendiri.
# Terus tidur. Semoga esok anda akan bangun dengan wajah lebih segar.
Mudahkan?
Cubalah. Semoga memberi manfaat buat anda yang mencuba.
Sekian dulu entry zai kali ni.
Kalau rasa ianya bermanfaat buat anda dan orang sekeliling,share la . kita berkongsi pengetahuan dan panjang-panjangkan ilmu yang tidak seberapa ni.
Thanks!
013-9609502 (zai)
Fb : Zainab Ab Rahman.

No comments:
Post a Comment